September 27, 2013

Frog Dissection Experiment Day x

Assalamualaikum.

Bismillah. Haa. Hi! (: Terasa macam dah lama tidak menyentuh ini belog. Memang lama pun sebenarnya. Benda busy. Yelah. Katapun budak tingkatan 4. Eceh. Padahal takdalah busy mana. Cuma tidak berkesempatan. Faktor ke-tidak-berkesempatan itu? Hmm. Malas mungkin. Haha. Malas juga sibuk dengan hal sekolah. Bayangkan cuti dua hari, homework aku terima macam cuti dua bulan. Tak ke rasa macam terseksa otak kerana berfikir dan merana tangan kerana menulis? Hahaha. So, sekarang actually nak cerita pasal frog dissection experiment a.k.a eksperimen pembedahan katak untuk kelas biology.

Aku rasa katak aku je kecik molek. Group lain katak semua tembam tembam gendut gumuk. Aku pun tak faham. Haha. Let's not question Allah's creation. So, one day before the day of experiment, semua kecoh serabut tanya,

"Babe, mana nak cari katak?"

Soalan yang sama ditujukan beribu kali. Oh, kau ingat aku penjaga haiwan? Haha. Aku pun at first tak tahu mana nak cari. Bila tanya dekat cikgu dengan senior form 5, semua jawapan sama. Benda macam kibut jugaklah sebab esok nak bedah, harini jugak nak cari. Kerja last minute memang tak guna. Budak sekolah. Perangai gini ler. Haha. So, jawapan yang aku terima semua sama. 

"Pergilah cari dekat kedai makan cina! Banyak. Kau mintak. Kau bayar. Kau dapat. Kau chiao"

Hahaha. Easier said than done. Nak pegang pun geli apatah lagi nak beli. So, classmates aku pun berusaha mencari dan mencari. Semua bagaikan investigator. Semua orang dia tanya. Semua tempat haiwan dia pergi. Semua kedai makan cina dia serbu. Semua katak tak cantik dan kecik dia reject. Boleh tahan tak guna jugak member-member gua. Hahahaha. Tapi lepastu, ada seorang insan yang baik iaitu classmate aku jugak bernama Hafiza bertanyakan soalan,

"You guys nak aku belikan tak? Sebab ayah aku ada kerja...."

Belum sempat habis cerita, ramai bersuara dengan lantang dan kuat,

"NAKKK!!!!"

As expected, memang ramai nak. Tak boleh dinafikan lagi. Boleh dikatakan hampir separuh kelas jugaklah yang mintak Fiza belikan. Fiza pun mulakan operasi "Kak Yong sudah maii~" juga dikenali sebagai operasi kutip duit. Haha. Seekor katak RM5.00. Okaylah tu. 

So, on the day of exp, kami bedah waktu persekolahan tamat. Semua menuju ke lab biology. Semua excited macam jumpa One Direction. Haha. Pakai coat dan pergi ambik katak-katak mereka. Haa. Settle siapkan diri, proses membedah pun dijalankan. Oh yes! 


So this is our frog! Semua orang sibuk nak bedah, aku dengan Myra sibuk berebut nak bagi nama dekat froggie ni. Hahaha. Kulit dia cantik and lembut and slimy. Myra boleh dikatakan paling excited lah nak bedah. Tu tangan dia lah tu. Hahaha. Tak kisahlah. Apa lagi, sambil membedah, sambil bergambar :>






Pembedahan telah dijalankan dan katak didapati tiada penyakit apa-apa. Kesian. Mati sia-sia. Yay! Hm. Haha. Myra, aku and Aysha memang happy sebab dah buat yang terbaik. Lol. Kami bangga kejap sebab cikgu bio kami puji group kami paling bersih dan kemas. Ehek :'3


Em. Ni bukan group aku. Ni senior aku, Lukman and Azfar. Kononnya nak act as pembantu. Hm. Hampeh. Haha. Tapi diorang ni cool. Nasib baik diorang ni gempak. Kalau tidak aku silat. Hahahaha.


So congratulations to me, Myra and Aysha! We did well. Haha. Kesian jugak dekat katak tu. Tapi takpa. Masuk syurga (:



Hasilnya. Katak pun mati dan usus dalaman dikeluarkan. Haa. Tu usus perut, jantung dan hati. Agak terkejut jugak bila jantung dia masih berdegup walaupun sudah dikeluarkan dari badan. Gempak tak tipu. Hm. Group lain kejam. Semua jadi Mona Fendi. Katak dorang aku tengok semua dah dikerat empat belas. Kaki tangan otak mata lidah badan jari semua patah riuk. Semua kena potong. Excited nak jadi doctor, tulah jadinya. Haha.



So, apa lagi. Kami berjaya! Hehehe. At the end of exp semua bergambar. Klik sana klik sini. Semua bagaikan tidak pernah bergambar bersama. Haha. Happy moment. Great memories (:


This is me. A doctor wannabe. In sha Allah, will be a doctor in the future (: Wish me the best in life. Pray for me. Hehe. The day was great! (:

-Ariel- x