March 3, 2014

Road run smkpj 2014 x

Hi kengkawan! Haha. Lama gila sumpah lama bapak lama nak mati lamanya tak update blog ni. Boleh bayang kelamaan dia tak? Kau bayangkanlah, aku last update blog ni time *tengok post bawah*. Well yeap. Aku tahu lama. Em haha. So benda sekarang nak cerita pasal semalam. Semalam, bersamaan dengan 1 March 2014. Oh hello March! Haha and semalam jugalah berlangsungnya road run smkpj kali ke-20. Oklah ok ok. Awal pagi tu as usual senamrobik. Tapi senamrobik this year, tak best. Lagu senamrobik dia semua jiwang. Aduh layan perasaan. Haha. Tapi yang seronoknya tengok Pn. Norain buat. Ahaha comel. Bersemangat kot. Kau hado? Hahaha. Oh kakngah pun ikut sama memandangkan dia tidak bekerja semalam, so dia ikut mak aku datang sekolah. Kiranya mahu memberi sokongan kencang dekat aku and muni. 3 Amiratuls in da school yaw! 

After senamrobik jiwang di pagi hari, kategori L1 dilepaskan which is form 4 and form 5. Then L2 dan diikuti dengan L3. Lelaki dah blah, so perempuan lah pula. P3, P2 dan barulah P1. Aku ler tu. Haha. Nebes ko. Jantung degup laju gitu gitu macam nampak celebrity kesayangan hangat lalu depan mata. Hahaha. Kemain lagi fokus. Dalam hati "kau boleh ami kau boleh. Jangan pancit. Jangan peduli orang lain.". Yela. Roadrun ni kena selfish sikit. Tak perlu tunggu orang. Tak perlu pedulikan orang. Tak perlu tengok belakang. Tak perlu lihat kiri kanan. Kau lari sendiri sudah. Hendak seribu daya, takmo seribu dalih. Macam tak kena dengan entri hari ini. Oklah tukar. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Haa. Kalau nak menang, mahukan medal, kau lari sehabis baik. Hehe.

Lelaki 6km. Perempuan 5km. Beza se-km. Takdalah jauh pun tapi penat dia.......hanya Allah dan diriku sahaja yang tahu. Haha. Macam nak mati. Senak perut. Sesak nafas. Sakit kepala. Sakit kaki. Sakit mental dan fizikal. Semua ada. Fikir nak sampai cepat je time tu. Last last boleh pulak dipecut oleh warga-warga digi. Noradz, Alyn, Syaf, Bonzer & Delly. Semua ahli rumah perdana a.k.a rumah kuning. Gila kau. Kisah apa. Aku pecut balik. Hehe.Time nak sampai tu nampak mami and kakngah terlompat lompat dan menjerit memberi sokongan padu dekat tepi. Haha. Saya sayang kamu berdua. Alhamdulillah dapat no 10. Nombor 1 ofcourse jatuh kepada Syarinam. Rumah iswara. But overall, rumah Satria which is rumah biru jugak menang. Alhamdulillah. Point rumah biru paling tinggi :D 


With the kesayangans, TheKs :) Kakmy and Kakry. Merekalah penceria. Haha. Tak bergambar dengan mereka tak sah. Suka betul. Dapat diva diva camera memang gini. Nasib ah siapa pemilik camera. Muka kami pasti jadi pujaan. Hahaha. Kbye.


Okay. Nampak abam tembam tembam comel semangat nak mampus dekat tepi tu? Dialah tukang sorak rumah biru. Nama dia Rizman. Ni gambar candid by Cepul. Time ni namaku dipanggil naik ke pentas untuk menerima anugerah. Ececeh. Bajet pehal -.- Ok. Haha. Terima kasih dekat Man untuk sokongan lipat ganda anda :*


Haa. Saya naib pengerusi dan inilah saya bersama pengerusi Rumah Satria. Yeah. Tinggi. Aku tahu. Haha. Tinggi dan keding. Nombor dia T888. Nombor aku T999. Sweet gitu. Kami comel. Kami tahu. Hahahaha. Dia lah Saiful Bahrin. Tak dapat nombor sebab kakinya sakit. Katanya lah. Takpa Epul. Anda tetap the best! *tak, tipu je* :p


Hi. With Epul and Ary. Warga satrians yang letup. Haha. Ary nak gak sebab jealous tengok aku and cepul. Haha. Aku tahu ary, aku tahu. Takpa. Demi kau semua boleh :p hahahaha.



Ini pula Dinie Faiz. Kurus dan tinggi. Aha. Adik angkat kesayangan selamanya. Dia baik. Haa sorry ah muka aku muka penat. Haha. Budak ni lah aku paling rapat. Peneman setiaku.


Yang ini? Ini adik real punya maa. Haha. Adik kandung. Orang kata dia kembar aku sebab muka sama. Em, aku masih tak nampak kesamaan yang sering diperkatakan orang itu. Haa dia ni teman gaduh, teman lepak, teman borak, teman gossip juga. Haha. Walaupun dia ni bajet orangnya. Haha


Ok. Yang ni abang gym. Abang sado. Namanya Afiq. Dia pun tinggi. Aduh. Mungkin aku yang pendek. Haha. Dia abang rugby. Abang skinny. Eh semua dia lah. Haha. 


So, overall. The day was really hectic but worth a lot. I'm happy. Congratulations to Satria on our winning! Hehe. No matter what the ppl say, we still are the best! Dont let them underestimate us. Yes. I'm proud of myself. Proud to be satrians! :) xo

Sincerely,
Dyana Jay x